Sunday 30 September 2012

Bukan Satu,Bukan Dua Tapi Lima !!!

Luis Suarez mengulangi sejarahnya di carrow road dengan mencipta hatrik ketika membantu liverpool membelasah Norwich di tempat mereka sendiri 5-2. ini juga kemenangan pertama Brendan Rodgers musim ini. gol pertama dijaringkan oleh suarez pada minit ke 2,pada minit ke 36 suarez hampir memperolehi penalti kerana di siku oleh pertahanan norwich tetapi dinafikan oleh pengadil,
tidak lama kemudian gol ke 2 suarez tercipta selepas dia merebut bola hasil kesilapan pertahanan norwich dan tenang menewaskan john ruddy.

masuk separuh masa pertama suarez membantu mencipta peluang gol kepada Sahin untuk gol ke tiga, gol keempat dan juga hatrik dengan mudah disempurnakan oleh suarez.gol pertama norwich datang dari kesilapan pepe reina yang gagal menangkap bola dengan kemas, gol kelima dihasilkan oleh steven gerrard dengan merembat bola kearah pertahanan norwich dan melantun ke dalam gol menjadikan kedudukan 5-1. grant holt menambah gol sagu hati norwich untuk kedudukan berubah 5-2.

Saturday 29 September 2012

Emile Heskey Dan Anaknya Di Newcastle Jets

faktor keluarga antara punca mengapa Emile Heskey berpindah ke Australia.dia mempunyai 2 orang anak lelaki Reigan dan Jaden hasil hubungan selama 10 tahun dengan tunangnya chantelle tagoe.3 orang anaknya hasil perkahwinan dengan kylee pinsent tidak dibawa bersama kerana berada di bawah jagaan bekas isterinya.
 

Friday 28 September 2012

Fenomena Heskey Di Newcastle Jets

Sejak kemasukan Emile Heskey ke Newcastle Jets jualan jersi dan tiket kelab itu melonjak naik 10 kali lebih pantas dari tahun lepas.sebanyak 5000 unit jersi replika Heskey telah ditempah dan ini satu strategi pemasaran yang baik oleh pengurusan Newcastle Jets yang menandatangani seorang striker yang layak untuk pencen dan menjaringkan gol  1 gol dalam 10 perlawanan. keahlian berdaftar penyokong Newcastle juga bertambah dengan 1000 orang mendaftar selepas seminggu heskey menyertai kelab itu.


Gambar Pekerja Bawah Umur Di Amerika Tahun 1911

Kanak-kanak ini ada yang berusia semuda 8 tahun terpkasa bekerja kerana hendak memastikan keluarga nya tidak tidak dibelenggu kemiskinan mereka menerima gaji rendah,keadaan tempat kerja yang tidak selamat dan bekerja lebih masa.ini menyebabkan mereka tidak ke sekolah.ini kerana mereka cuba untuk meringankan beban yang ditanggung oleh orang tua mereka.kanak-kanak ini sebenarnya berumur dibawah 12 tahun tetapi menipu umur untuk membolehkan mereka kerja lebih masa di samping diterima bekerja tanpa banyak soal.secara puratanya seminggu mereka hanya dibayar 4 US dolar saja seminggu,majoriti dari mereka bekerja di kilang kain,ladang,kilang tembakau,kilang mainan kerana hanya itulah kemampuan dan kemahiran mereka.lebih teruk ada diantara mereka yang tidak mampu membaca dan ini menyumbang kepada risiko mereka ditipu oleh majikan.

gambar-gambar ini ditangkap oleh Lewis Wickes Hine


Thursday 27 September 2012

Misi Balas Dendam Berjaya



kekalahan 3-0 pada perlawanan pertama liga sungguh memeritkan.pagi tadi dengan dibarisi anak muda liverpool,ternyata anak muda ini bermain lebih baik berbanding pasukan senior dan pemain senior dalam kesebelesan utama hanyalah steward downing dan jamie carragher,tidak dikira brad jones yang selalu memanaskan bangku simpanan.

gol west brom terhasil selepas brad jones menerpa keluar untuk menangkap bola melalui tendangan percuma Liam Ridgewell, tetapi bola gagal ditangkap kemas sehingga membolehkan Gabriel tamas menjaringkan gol pertama perlawanan  pada minit ke 2.

Nuri sahin membuktikan kebolehannya dengan merembat dari luar kotak penalti minit ke 17 untuk gol penyamaan,minit ke 82 Nuri sahin sekali lagi meledak gol keduanya selepas menerima hantaran Ousama.

sejarah juga tercipta apabila Jerome Sinclair dimasukkan pada minit 81 menggantikan samed yesil, Jerome mencatat rekod pemain paling muda mewakili liverpool pada usia 16 tahun 6 hari.
ini mengatasi rekod Jack Robinson 16 tahun 250 hari pada 2010 ketika mewakili liverpool menentang Hull city pada hari terakhir musim 2009-2010.

Wednesday 26 September 2012

Cara Seludup Imigran Yang Kreatif Dan Innovatif

Penyeludupan Negro ke Sepantol ini kantoi apabila polis mengesyaki sesuatu yang tak kena pada kerusi penumpang hadapan.Negro berasal dari Guinea itu diseludup oleh 2 orang warga Maghribi.Negro ini dimuatkan dalam kerusi dengan kusyen kerusi ditanggalkan dan hanya rangkanya yang tinggal.seorang warga Maghribi duduk di atas kerusi penumpang yang memuatkan negro itu dengan tujuan mengaburi mata pihak berkuasa

Tuesday 25 September 2012

Gangnam Style Versi Ohio University 110

Ohio University 110 ialah kumpulan pancaragam dari universiti ohio,dengan 200 orang kekuatan mereka mempersembahkan gangnam style versi pancaragam.



Pekka Sihvola Mengambil Penalti Cara Unik

 Pekka Sihvola 28 tahun,penyerang pasukan dari Finland, MYPA menendang masuk penalti dari jarak 12 meter dengan cara menutup mata dan menyerongkan kakinya ala-ala Cristiano Ronaldo.belum lagi menerima sebarang cap aku cadangkan uncle Woy bagi peluang kepada Pekka mewakili England lebih-lebih lagi dimasukkan masa penalty shoot out dan jugak pekka memiliki keturunan Inggeris berdasarkan datuknya.

Lelaki Yang Boleh Mengingati Masa Lepas Secara Terperinci

 Aurelien Hayman 20 tahun,seorang lelaki yang mampu mengingati setiap apa jua perkara yang berlaku di masa lepas dengan baik.ini bukan genius atau kerana dia suka membaca semula diari hariannya tetapi ini disebabkan penyakit Hyperthymesia iaitu sejenis mampu mengimbas kembali memori dengan tepat dan pantas.

sebagai contoh dia ditanya apa yang berlaku pada 1 oktober 2006, dia menjawab hari itu hari sabtu, pada hari itu dia memakai baju biru,dia ada mengajak seorang perempuan keluar bersamanya tetapi pelawaannya ditolak,dia mendengar lagu when you were young kumpulan the killers,langit ketika itu cerah dia juga memberitahu pada hari khamis rumahnya terputus bekalan elektrik.

secara umumnya setiap orang dari kita hanya mampu mengingati kenangan lama dalam jarak 11 usia kita.contohnya seorang manusia berumur 20 tahun hanya mampu mengingati dengan jelas apa yang dia lalui sejak dia berumur 9 tahun.penyakit hyperthymesia ini berpunca dari kedua-dua frontal lobe otaknya berbanding manusia biasa yang mengingati maklumat dari frontal lobe sebelah kanan.

tetapi kebolehan itu tidak membantu nya menjadi pelajar cemerlang dalam menjawab peperiksaan dalam jurusan sastera bahasa Inggeris di Durham Universiti.penyakit jenis ini dijangkan hanya berlaku kepada 20 orang saja di dunia ini dan Aureliean dijangka satu-satunya warga Britain yang menghidap nya

Sunday 23 September 2012

Demi Lovato 2012

Ini adalah gambar Demi Lovato yang terkini,dia kelihatan seperti Ashley Tisdale berdasarkan perubahan bentuk fizikal nya.




Volkner Motorhome

ini adalah caravan keluaran VOLKNER mobil. Ini sungguh genius kerana ada garaj kereta,ada katil,ada bilik air dan juga dapur.kalau ada karavan macam ni tak perlulah aku menghabiskan duit membayar sewa rumah penat mengarut,aku ceritakan tentang karavan ni,berharga dari 700 000 pound sterling hingga 1.2 juta pound.hiasan dalaman karavan ni boleh di pilih mengikut citarasa pembeli dan harga karavan ini tidak termasuk harga ferrari yang ditunjukkan seperti dalam gambar.

dilengkapi peti sejuk bersaiz besar,mesin pembasuh pinggan mangkuk,ketuhar gelombang mikro dan sistem bunyi bose-dolby dan tv LCD yang boleh disimpan di dalam dinding jika tidak ditonton.

 
 

Saturday 22 September 2012

Demi Lovato Dulu Dan Kini

ini Demi Lovato yang aku kenal 4 tahun dahulu, slim and smooth....




tapi ini Demi Lovato pada hari ini,aku dapat melihat Demi Lovato melalui transformasi dari Girl menjadi Woman.walaupun agak berisi dan aku sendiri pun tak percaya ini Demi Lovato pada pandangan pertama tetapi melihat kepada struktur anatomi Demi Lovato pada hari ini menunjukkan saiz dia yang sekarang ini jauh lebih baik berbanding 4 tahun lalu iaitu di zaman camp rock dia. kadang-kadang pepatah - 'women is just like a fine wine,the older they are,the better they become' ada benarnya.....






LMFAO Berpecah


Redfoo dan Sky blu memilih untuk membawa haluan masing-masing setelah 6 tahun bersama,punca perpecahan itu ialah mereka memilih hala tuju yang berlainan.redfoo 37 tahun ialah pakcik kepada sky blu 26 tahun.

Wednesday 19 September 2012

Hanya Di Politeknik Sultan Idris Shah


Tak dapat dikenalpasti siapa yang melekatkan amaran ini tapi yang pasti lokasi amaran ini diletakkan di suis utama restoran cemara,Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan.

Tuesday 18 September 2012

Maskot Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

ARMADILLO adalah nama maskot piala dunia 2014 di Brazil.pelancaran maskot itu dibuat pada ahad lalu dengan dilancarkan oleh legenda brazil,Ronaldo.antara nama armadillo diinspirasi  dari nama Fuleco,Amijubi dan Zuzeco.nama untuk bola rasmi piala dunia juga didedahkan dengan Brazuca menjadi pilihan,brazuca membawa maksud orang brazil yang menetap di luar negara juga sebagai penghormatan kepada pemain brazil yang bermain di kelab luar.