Tuesday 31 July 2012

jersi home dan away west ham united 2012/2013

jersi baru ni boleh dikira paling menarik dengan corak kain,design tukul bersilang 'hammers' pada bahagian belakang dan bentuk kolar yang rare.diharap macron tak menghasilkan paten yang sama untuk jersi aston villa yang baru saja bertukar kit maker dari nike kepada macron mulai musim 2012/2013.


 
 away 2012/2013

 



 away 2012/2013

Monday 30 July 2012

peminat sukan olmpik tindik cincin olimpik di paha

laura thornton sanggup menindik cincin berbentuk gegelung olimpik di paha kananya.proses itu mengambil masa 30 minit.laura melakukannya sebagai sokongan kepada team great britain.tukang tindik itu ialah adiknya natalie,natalie membuat 2 lubang sebelum memasukkan cincin olimpik itu.



cerita dari masa lepas

 ini rangkuman kisah selebriti yang satu masa dulu pernah popular dan kisah rumah tangga mereka sentiasa jadi perhatian media.agak lama bila terbaca kisah nicole kidman dan tom cruise yang berpisah 11 tahun lalu dan 11 tahun kemudian tom cruise bercerai pula dengan katie holmes.









tiket sukan olimpik dijual di pasaran gelap

pihak luar yang di amanahkan untuk menjual tiket olimpik memberi tiket kepada ulat tiket untuk dijual di pasaran gelap.dalam hal ini tiket itu sepatutnya di jual di luar britain tetapi penjual tiket menjual kepada ulat tiket yang menaikkan harga tiket itu berkali ganda dan aktiviti itu mula dikesan malam tadi.kesan daripada aktiviti ulat itu mengakibatkan  banyak kerusi kosong pada acara renang,volleyball,gimnastik,perlawanan bolasepak antara mesir menentang new zealand dan tenis.ini menimbulkan kemarahan rakyat tempatan yang hanya menonton di kaca TV kerana tidak berkesempatan membeli tiket.

di dalam gambar di mana ada kelibat anggota tentera itu keran mereka dijemput untuk menyaksikan acara itu berlangsung bukan membeli tiket.para cikgu dan pelajar dibawa untuk menonton secara percuma bagi menutup kerusi kosong.

Saturday 28 July 2012

musim baru rekrut baru

robert snodgrass dan michael turner akhirnya sah menyertai norwich city untuk musim 2012/2013 setakat ini chris hughton telah menandatangani 4 orang pemain baru jacob butterfield,steven whittaker dan ini termasuk robert dan michael.
robert snodgrass
michael turner dibawa masuk untuk mengukuhkan pertahanan dan dia juga mempunyai pengalaman di liga inggeris bersama hull city dan sunderland.robert snodgrass sebelum ini bersama leeds united mempunyai rekod jaringan yang bagus dan juga mempunyai cap antarabangsa bersama scotland.
majoriti dari mereka adalah pemain liga championship kerana sebelum ini chris hughton pernah mengendalikan birmingham city juga di liga yang sama .
michael turner
 chris tidak mengamalkan polisi 'tangkap muat' chris juga bijak berbelanja dengan mendapatkan steven whittaker secara agen bebas setelah dia enggan memindahkan kontrak untuk bersama newco rangers, jacob butterfield pula tamat kontrak dengan barnsley, dan bayaran perpindahan michael turner dan robert snodgrass tidak didedahkan.

aku memilih untuk menulis tentang perpindahan masuk kelab bawahan kerana aku sudah bosan dengan gosip perpindahan pemain kelab atasan yang hanya sekadar berita palsu semata-mata.perpindahan pemain di kelab bawahan nyata lebih realistik kerana proses penjualan pemain berjalan secara senyap dan tanpa desas desus yang  mengarut.

north star jogger

 
north star adalah sub brand dalam jenama kasut BATA.BATA adalah jenama kasut yang berasal dari republik czech dahulunya czechoslovakia.tetapi kini BATA ber-ibu pejabat di lausanne switzerland.satu masa dahulu bata di malaysia hanya menjual produk sub brand mereka sahaja,tetapi pada hari ini bata telah mengamalkan dasar buka pintu dengan menjual kasut jenama lain seperti NIKE,ADIDAS dan REEBOK. nama BATA itu berasal dari pengasasnya TOMAS BATA 'henry ford eropah timur' dan pada era 80 an dahulu jika memakai kasut bata budak itu dianggap anak orang berada tetapi pada hari ini bata adalah jenama working class people dan dijual pada harga berpatutan.

diasaskan pada 1894 di zlin,czechoslovakia,Bata dikenali kerana menjual kasut yang berkualiti tinggi pada harga murah dan mampu milik.bagi meleis yang memandang rendah bata kerana menjual kasut sekolah untuk kanak-kanak mereka harus menerima kenyataan yang jenama luar tak semestinya mahal jika di jual di negara dunia ke 3.buktinya BATA antara kedai kasut yang paling aktif membuat promosi dan mampu menghasilkan kualiti yang setanding dengan jenama lain.punca kenapa harga bata murah ialah kilang kasutnya terletak di klang,malaysia dan jika dikilangkan di luar negara seperti thailand kos penghantaran akan memberi kesan kepada harga kasut itu.dan bata membuka kilang mereka sendiri di malaysia bukannya memberi kontrak hak jenama kepada pengilang seperti nike dan adidas.

sumber :  sejarah BATA

berbalik kepada tajuk,north star jogger ini harga asalnya rm70++ tetapi setelah diberi diskaun harganya menurun kepada rm40.00.north star berasal dari kanada dan telah wujud sejak era 70 an menggunakan paten kasut adidas yang popular di era 70 an dan paten jenis ini juga digunakan pada tiger onitsuka oleh asic.

sumber : sejarah north star

Friday 27 July 2012

pasukan bola sepak great britain olimpik 2012

olimpik london bermula dengan pasukan great britain diwakili pemain dari wales dan england yang anehnya scotland juga ahli dalam britain tetapi kenapa tiada pemain dari scotland dalam skuad great britain ini.pasukan bolasepak great britain ini diwakili pemain bawah 23 tahun dan hanya 3 orang pemain lebih umur yang dibenarkan bermain ryan giggs,craig bellamy dan micah richard.

Thursday 26 July 2012

pasukan bola sepak wanita korea utara

awek dalam sukan bola sepak tidak la se panas awek-awek yang terlibat dalam sukan renang,tenis,gusti wwe mahupun gimnastik,jadi jangan harap la akan ada awek yang cun melecun dalam pasukan bolasepak wanita korea utara ini.ini lah dia wajah korea yang tulen bukannya yang kita tengok di majalah dan tv.

jerung 250 kilogram ditangkap di perairan British

ini perkara biasa bagi aku jika jerung ini ditangkap di perairan selat melaka dan laut china selatan.tapi luar biasa jika ditangkap di perairan british kerana di situ bukan habitat jerung.jerung ini dipercayai berhijrah ke perairan british kerana sukakan suasana yang lebih panas,habitat asal jerung ini ialah di perairan asia dan amerika utara.

harga untuk seekor jerung seberat 250 kilogram dan 20 kaki panjang ini ialah 3000 pound sterling.agak mengejutkan kepada pelanggan kerana kedai ini biasanya menjual ikan kod,plaice dan siakap tetapi hari ini agak istimewa kerana ada jerung untuk dijual.jerung ini dipotong dua kerana bahagian pameran ikan terlalu kecil untuk saiz nya.

jerung ini ditangkap oleh john boy dan dibeli oleh ashton penjual ikan di pasar cardiff.para pelanggan beratur untuk bergambar dengan ikan jerung itu.

Wednesday 25 July 2012

suasana musim panas di UK

bila tiba musim panas segala jenis aktiviti boleh dilakukan tanpa menghiraukan keadaan cuaca.di england, setiap kali musim panas pantai adalah rumah kedua rakyat pulau britain sebab mereka ke pantai bukan hanya untuk mandi laut,berjemur dan buat istana pasir tapi jugak nak berkelah,berkhemah,menonton pertunjukan boneka punch & judy,luncur air dan main jet ski. suhu di UK sekarang ini dicatatkan berada pada 30 darjah celsius dan ini dicatatkan sebagai hari paling panas di uk tahun ini.tapi suhu di sabak bernam rasanya melebihi 35 darjah celsius dan suhu itu bukan untuk semalam saja tapi sepanjang tahun dan kalau tak mencapai 35 darjah celsius itu barangkali hari hujan.
bagi yang duduk di bandar agak jauh kalau nak pergi ke pantai mereka akan mandi di kolam atau air pancut di tengah bandar,mungkin tak ada undang-undang yang spesifik untuk menghalang penduduknya dari mandi di kolam atau air pancut bagi yang tak suka membasahkan diri ada yang memilih untuk mendayung sampan di sungai .tapi jika di malaysia bermain dengan air pancut saja dan mengayuh sampan di sungai klang dan gombak sudah dikata gila dan suck- eye.