Wednesday 28 March 2012

american pie reunion

 sejujurnya inilah movie yang paling aku nantikan tahun ni.american pie 1 dan 2 adalah yang terbaik sepanjang siri francais american pie. american wedding a.k.a american pie 3 kurang dramatik tanpa chris oz dan chuck sherman lebih  tertumpu kepada persiapan majlis perkahwinan jim - michele.

pejam celik dah 9 tahun tak tengok kevin myers,steve stifler,jim levenstein,paul finch,chris oz tak 'bersama' dan kini mereka sudah dewasa dan bukan lagi remaja sekolah dan pelajar kolej dalam american pie 1,2 dan 3. mereka kini sudah dewasa dan ada yang bekerjaya dan ada yang sudah berumah tanggga dan ada juga masih belum berkahwin.hanya kevin myers dan chuck sherman yang berbeza rupa paras dari american pie yang dilakonkan mereka lebih 10 tahun dahulu.



Friday 16 March 2012

sehati sejiwa manchester

mereka tersingkir di hari yang sama,di peringkat yang sama.di europa league juga terserlah sehati sejiwa manchester ini.mereka tersingkir di hari yang sama dan kalah di matchday yang sama
sporting lisbon 3-3 man city (sporting layak away gol)                 
                               
                             

athletic bilbao 5-3 man united

 kesimpulan : kelab EPL semakin bangang,berbelanja besar tapi hasil takde

Thursday 15 March 2012

setahun ber blogging

 11 mac lepas genap la setahun aku ber blogging.aku tak menulis ahad lepas pasal aku demam.dalam masa setahun ber blogging aku aku dah kenal macam-macam blogger yang mempengaruhi cara penulisan aku. dan tatabahasa penulisan aku jugak banyak berubah dalam durasi 365 hari itu.cuma aku terkilan tak dapat tunjukkan header dan background blog aku yang dulu pasal aku tak printscreen segala khazanah lampau aku. dan silap blogspot jugak yang takde sedia kan aplikasi time line macam facebook.

antara penulis atau blogger yang mempengaruhi aku ialah :

obefiend  - blogserius

nami - teh tarik gelas besar dan sokerleak

pak kordi & lucius maximus - sokernet

???? tak tau nama - kupikupi dulu

khai -  just khai !

khalis  - sah dan tak sah

astro yang fail

sebelum ni KOSMO yang fail.kali ni plak ASTRO fail. badmintron ?? amenda tu ?

jika mario bukan seorang tukang paip

kecik-kecik dulu aku suka main mario .masa tu game tape lagi. paling aku tak suka bila berhadapan dengan kura-kura bercangkerang tajam tu dan halangan yang terlalu panjang jarak dia.di sini adalah karier alternatif mario kalau dia bukan seorang tukang paip
                                        

120 tahun lamanya

 
 hari ni genap la 120 tahun liverpool ditubuhkan. kelab dari merseyside ni asalnya ditubuhkan setelah john houlding pemilik padang anfield ketika itu bergadoh dengan kelab everton tentang kadar sewaan padang.disebabkan itu everton berpindah ke padang lain dan anfield menjadi milik kelab liverpool sehingga kini.

liverpool ditubuhkan oleh john houlding sendiri dengan memilih warna biru putih sebagai warna jersi diawal penubuhan dan paten merah seperti hari ini dimulakan oleh bill shankly.mulanya dikenali sebagai everton athletic kemudian dijenama kan semula sebagai liverpool fc mulai jun 1892.

aku dilahirkan di era kejatuhan liverpool pada dekad 90 an.tahun 1992 di mana ulangtahun ke 100 liverpool tahun itulah aku dilahirkan.sejak 1998 aku mula mengenali liverpool  melalui jersey away berwarna kuning  yang dibeli di pekan serian.masa tu demam piala dunia 1998 jadi sebagai kanak2 aku pun nak ikut trend walaupun aku tak tau liverpool tu ape,dan ketika itu bukan lah musim EPL sebaliknya piala dunia.
 michael owen, striker kegemaran aku masa itu
 dan sejak 2002 aku mula menjadi hardcore liverpool.pada zaman itu gerrard houlier menjadi pengurus dan aku tak sempat merasa musim treble 2001. kebetulan jugak tahun tu aku mula belajar main bola. piala pertama yang aku ' menang' ialah piala liga 2003.kemudian rafa benitez masuk dan merasa jugak la uefa champions league 2005 walaupun liverpool tidak dijangka jadi juara.2006 diingati oleh aku kerana masa minit2 akhir 90 minit tu aku memilih untuk tidor dalam sedih kerana liverpool ketinggalan 3-2 kepada west ham united dan esoknya bila baca paper aku terkejut liverpool menang.macam mimpi dalam mimpi pun ada.

steven gerrard pemain yang jadi favourite aku hingga kini
luis garcia, pemain sayap / attacking midfielder.aku suka style dia ni selalu jaringkan gol cantik
masterpass xabi alonso.pemain paling bernilai era rafa benitez.aku lebih suka dia ni dari torres
lucas leiva,4 musim di liverpool baru dapat menunjukkan keupayaan sebenar dia.
dan itu jugalah piala yang terakhir dijulang sejak itu dan terpaksa makan hati tengok kelab lain menang piala setiap musim dan pada 2012 kembali pakcik kenny,liverpool akhirnya menang piala liga kali ke 8 setelah 9 tahun piala itu tak dimenangi dan piala pertama dalam tempoh 6 tahun.

duo striker yang setia berkhidmat untuk liverpool.lebih2 lagi yang rambut blonde tu. modern kenny dalglish.suarez plak pengganti tepat kepada luis garcia pada pandangan aku

Wednesday 14 March 2012

copy cat sebenarnya

pada awalnya aku tak tau apa itu copy cat,setelah diterangkan kan baru aku tau copy cat tu sama maksud dengan copy paste.copy cat pada pandangan aku sebenarnya macam gambar di bawah ni

cara menangani masalah jalan berlubang

aku memang tak suka bila lalu di jalan yang berlubang,dalam kereta nak tido pun tak senang,jalan sikit je terhantuk kepala.jadi untuk menangani masalah JKR tak buat kerja ni ini caranya.

                                         

Monday 12 March 2012

alex d linz - 1997 & 2012


alex d linz mula dikenali melalui filem home alone dan kemudian nya max keeble.kini dia berusia 23 tahun.

                                                  

thailand


thailand satu-satunya negara di dunia yang tidak pernah dijajah.thailand dahulunya di kenali sebagai siam.

                                     

masih belum bangun dari tidor

faham faham je lah






Sunday 11 March 2012

neil buchanan

aku mula kenal pakcik neil ni masa aku mula-mula tengok art attack.aku sungguh terhibur dengan hasil seni dia yang kreatif.dan neil nampak muda bila main gitar

                     

the beatles

jika the beatles kembali aku lah manusia paling gembira walaupun mustahil

                                

bagaimana babi boleh berwarna hijau

bila tengok babi dalam angry bird aku hairan kenapa babi berwarna hijau.selalunuya babi berwarna pink dan bila tengok gambar ni aku sudah tahu macam mana babi hijau tercipta

Saturday 10 March 2012

rumah dengan 2 gelongsor air

aku susah sekali nak pergi ke taman tema air.jadi aku selalu impikan di rumah idaman aku ada swimming pool,tapi kalau dah berhari-hari mengadap swimming pool lama-lama bosan jugak jadi aku pun mengimpikan sebuah rumah dengan gelongsor air,menariknya gelongsor air ni bukannya memerlukam kita untuk mendaki tangga dan kemudian membuat terjun tiruk berulang kali.tetapi laluan gelongsornya di sambungkan terus ke bahagian aras 2 rumah ni.

rumah flinstones



rumah milik dick clark ini dijual pada harga 3.5 juta us dolar di pasaran.reka bentuk dalamannya bertemakan siri kartun flinstones iaitu kehidupan di zaman batu.tapi aku tak pasti sama ada dick clark juga ada mempunyai kereta flinstones iaitu kereta yang digerakkan secara berlari.
                                  
                                  
    
    
    
    
    

dulu pedobear sekarang pedo roar

scott henderson 24 tahun,bekas maskot singa untuk pasukan blackburn rovers.dia ditahan dan didakwa kerana berkelakuan lucah dihadapan webcam untuk memerangkap remaja semuda 14 tahun.dia ditahan pada oktober 2010 dan dihadapkan ke mahkamah diraja preston.

                                                            

scott mengenali remaja berusia 14 tahun itu melalui facebook dan kemudian mempertontonkan aksi ghairah nya dihadapan webcam kepada remaja tersebut.selepas ditahan dia meninggalkan tugasnya sebagai maskot singa blackburn rovers.jurucakap blackburn berkata bukan scott seorang saja yang memakai maskot itu kerana ada juga orang lain yang memakainya.
                                          
disebabkan dakwaan itu pihak pengurusan blackburn menghentikan penggunaan maskot singa itu dan membuat pertandingan mereka cipta maskot baru berteraskan anjing.

fakta-fakta menarik





borneo pulau ketiga terbesar di dunia

aku adalah seorang borneo-man, lahir di borneo, membesar di borneo,boleh berbahasa suku kaum di kepulauan borneo. dan aku agak terkejut bila tahu borneo adalah pulau ketiga terbesar di dunia di belakang greenland dan new guinea. lagi mengejutkan keluasan borneo 748 168 kilometer persegi mengatasi kepulauan britain 229 957 kilometer persegi.borneo bukan terdiri dari sabah ,sarawak dan wilayah persekutuan labuan (malaysia) saja tapi turut mengandungi negara lain iaitu brunei darussalam dan indonesia ( kalimantan) .

Wednesday 7 March 2012

4rs3n4l dan 4c mil4n

1 - 0
 2-0
 3-0
 
                                                                       
biar lah gambar menjadi cerita
                                 
                                                         penamat :   4 : 3 hahahhahah