Tuesday 31 January 2012

happy mondays kembali bersatu

 ini sesuatu yang menggembirakan buat peminat house muzik era hujung 80 an dan awal 90 an.band dari scene madchester ini kembali bersatu setelah 19 tahun berpecah.pada 2004 mereka pernah membuat reunion tapi bukan dengan ahli asal iaitu paul ryder,rowetta satchell,paul davis dan mark day.

reunion ini disertai oleh kesemua ahli asal happy monday drummer Gaz Whelan, Bez, backing singer Rowetta, keyboardist Paul Davis danguitarist Mark Day.dan untuk mengakhiri perang dingin sesama mereka yang berlanjutan selama 13 tahun.shaun ryder berkata ada diantara mereka sudah 10 hingga 15 tahun tidak berjumpa

 happy mondays di era kegemilangan mereka

Sunday 29 January 2012

8 tahun dan teruskan mengira.....

 D.K  - K.D
dirk kuyt - kenny dalglish

fakta nombor :

1 - gol manure utd
8 - dah 8 tahun manure utd tak menang piala FA.
18 - dirk kuyt ,striker yang menjaringkan gol kemenangan
88 - minit dimana kuyt menjaringkan gol kemenangan
28 - tarikh kekalahan manure utd
68 - dirk kuyt menjaringkan gol ke 68 nya untuk liverpool

Thursday 26 January 2012

16 tahun penantian

 16 tahun
melihat pada gambar saja sudah memberi tahu makna di sebaliknya

Wednesday 25 January 2012

cardiff city ke final ?? ape kaitannya dengan malaysia??

pagi tadi bluebird akhirnya layak ke final piala carling.si pembaca berita beriya-ia memuji macam la cardiff tu ada kaitan dengan malaysia, macam la cardiff tu terletak di gemas,alor star,keningau,kudat,bintulu,miri,kapit,teluk intan,sabak bernam dan macam2 lagi.


padahal cardiff tu hanyalah sebuah bandar yang terletak di wales.dan majoriti rakyat malaysia tak tau di mana letaknya wales dan apakah warna bendera wales.dan kalau ada kaitan pun hanyalah di miliki chan thian ghee yang menjadi pengerusi BERJAYA GROUP yang memiliki berjaya times square,kompleks kotaraya (sekadar sebut yang aku tau)

untuk apa bangga dengan cardiff ?? tak pernah ada pemain malaysia yang bermain untuk cardiff,tak pernah ada kerjasama akademi bolasepak cardiff di malaysia,cardiff tak pernah buat sebarang perjanjian melibatkan pertukaran pemain remaja,dan berkongi ilmu kejurulatihan dengan mana2 team bola di malaysia.semuanya TAK PERNAH.
si pembodek cakap itu adalah ONG tahun baru cina?! satu kebetulan saja pada aku. pada semua penonton yang baru kenal cardiff masa chan thian ghee amik alih,aku nak khabar kat korang semua,cardiff sebelum tu pernah layak ke final piala FA 2008 bertemu portsmouth prestij piala FA tu lagi besar dari piala liga@carling.aku nak cakap, ada atau takde MALAYSIA kat baju cardiff city tu bukan membawa sebarang tuah pun. kalau membawa tuah,kenapa cardiff city ni berulang kali kalah game play off ke EPL?? team lain sekali main play off dah layak tanpa sebarang masalah ke epl tapi kenapa team ni tak reti menang ?? LOSER agak nya.
kalau di lihat player cardiff city bila celebrate gol akan cium lencana cardiff bukannya cium tulisan malaysia kat tengah jersi tu,tak pernah dibuat orang.kalau ditanya pun apa diorang kisah nak letak malaysia,singapore,brunei,thailand,timor leste ke  kat baju tu yang penting gaji diorang berbelas ribu pound seminggu tu jalan. buat apa nak sibuk2 bangga dengan negara yang diorang sendiri tak kenal dan tak tau dimana letaknya, betul ini bukan tipu.negara dunia ke-3 macam malaysia tak ramai orang kenal.garu kepala diorang nak carik dalam peta malaysia kat mane.

persoalan,kenapa rakyat malaysia nak sibuk dengan cardiff yang takde kaitan dengan diorang?? john henry dan malcom glazer adalah pemilik liverpool dan man utd tapi kenapa rakyat amerika masih GAGAL meminati football yang mereka sebut soccer? dah ada pemain amerika syarikat dalam epl pun diorang masih minat dan taksub dengan american football,lacrosse,hoki ais, basketball, besbol, skateboard,nascar races dan mcm2 lagi sukan ekstrem. sebelum berjaya group beli cardiff,proton terlebih dahulu sponsor norwich city tapi sekejap je norwich city bertahan di epl dan sekejap tu juga lah penyokong norwich wujud,tak pasti sama ada penyokong norwich zaman AVIVA ni masih wujud lagi atau tak di malaysia ni.
adakah cardiff city akan membawa piala carling berarak di jalanan ??
piala ni la yang membuat penyokong cardiff menangis
kalau cardiff kalah teruk adakah malaysia akan malu jugak ?? sudah tentu malu.kalau menang pun agaknya piala tu akan diarak keliling bandar cardiff atau diarak satu malaysia dari perlis ke sabah??
confirm akan diarak keliling cardiff bukannya diarak dari perlis ke sabah.sekali lagi aku ulang,apa kaitan malaysia dengan cardiff??. macam man city menang piala FA tahun lepas ada ke diarak piala FA inggeris tu pusing emiriyah arab bersatu (UAE) ??

charles lewis yang bertuah

 charles satu-satu nya anak lelaki dalam sebuah keluarga yang terdiri dari 12 orang anak perempuan + 1 anak lelaki , dia anak yang ke empat! dan charles sering mengalami masalah menggunakan bilik air kerana jumlah adik beradiknya yang ramai.yang bertuahnya kakak & adik-adiknya sudi meng iron kan baju nya dan membelanja bir. untuk mengatasi masalah ni bapa charles, peter 52 tahun telah menetapkan satu bilik untuk 2 orang anak perempuannya,dia dan isterinya tracey,48 berkongsi bilik bersama 2 anak perempuan mereka yang paling muda shaznay,11 dan porscha 8 tahun.


Carly, 28 (pindah keluar)
Tracy, 27 (pindah keluar)
Samantha, 26 (pindah keluar)
Charles, 24
Lyndsay, 23
Danielle, 22
Chantelle, 20
Charlotte, 18
Georgia, 17
Candice, 16
Shannon, 12
Shaznay, 11
Porsha,8
adik beradik charles yang telah berpindah rumah ialah carly,tracy dan samantha.menariknya ini mewujudkan sifat protektif bagi charles,dia tidak membenarkan kawan2nya keluar bersama adik2 dan kakaknya.bapanya bekerja sebagai pengilang rangka kenderaan dan ibunya part time cashier. walaupun banyak belanja yang terpaksa di keluarkan tetapi mereka tidak bergantung harap pun pada bantuan kewangan negeri (lebih kurang  bantuan rakyat 1 malaysia) pasangan suami isteri ini merancang mengumpul duit untuk membeli rumah 6 bilik di dorset yang lebih besar dan selesa.

Thursday 19 January 2012

tahukah anda ??


louis vuitton versi binatang

sungguh kreatif arca binaan artis yang tidak diketahui ni. dengan barangan & aksesori LV dia dapat mencipta satu arca yang kreatif dan nampak hidup.




selipar rumput

permukaan selipar ni begitu unik dan menarik dengan beralaskan rumput.kepada sesape yang sibuk bekerja sampai tak sempat nak jejak tanah tu atau nak sangat ber kaki ayam atas padang rumput tapi segan elok la beli selipar keluaran syarikat KUSA ni.berharga 30 us dolar.selipar rumput ni dihasilkan dengan menggunakan rumput synthetic (rumput tiruan). rumput kan akan tumbuh jadi kena potong la rumput ni nanti ?? tak payah potong pun,itu jaminan dari KUSA.  http://www.kusashoes.com/product-info.html 

                                                                        

Sunday 15 January 2012

di mana mereka sekarang ??

bersambung dengan artikel semalam pasal sifat aku yang anti-overhype kepada future prospect. mereka ini pada satu masa dahulu dijulang hasil pencapaian mereka di peringkat remaja seperti membawa kelab remaja mereka menjuarai pelbagai kejohanan dan menerima anugerah MVP most valueable player.
jeremie aliadere
 richie partridge

johnnie jackson
 andres nicolas olivera (uruguay) golden ball winner fifa world cup u-20 1997
ismael matar golden ball
florent sinama pongolle
anthony le tallec
kieran richardson
javier portillo

anthony daniels aka c-3po


aku ingatkan c-3po tu robot rupa-rupanya ada orang yang pakai costum c-3po tu.anthony daniels ialah   pelakon yang paling lama dalam filem star wars sejak the phantom menace hinggalah return of the jedi.