Friday 30 September 2011

you'll never PINK alone

tinggal kurang dari 24 jam lagi merseyside derby akan bermula di antara 2 team yang menjadi favourite aku di EPL, liverpool dan everton. tapi kali ni aku lebih memihak liverpool pasal sebelum aku support everton aku terlebih dahulu support liverpool sejak aku berumur 6 tahun dan umur 15 baru la aku mula bagi sokongan kat everton. tapi utk memanaskan lagi keadaan aku memilih utk meng provoke fan everton dengan jersey pink yang menjadi kebencian diorang
everton away kit 2010-2011

everton away kit 2008-09 & 2009-2010
bradford city away kit
palermo home kit
juventus away kit 2011-2012
sports boys (peru) home kit
oldham athletic afc, tujuan mereka memilih jersi pink ini hanyalah digunakan utk satu perlawanan saja sebagai sokongan dan bertujuan mengumpul dana utk victoria breast unit di oldham royal hospital. sukarelawan akan menghulur tabung kutipan derma di pintu masuk stadium dan jersi pink akan dilelong di laman web rasmi kelab utk mengumpul dana sebanyak 250 000 pound




David De Gea ditangkap curi DONAT tesco!!!!

mana la aku tau kat sini kalau nak donut kena bayar.kat madrid dulu aku amek je lepas tu blah.ala kat xkan kat sepanyol boleh amek sample donut bawak blek kat sini x bleh plak.adoi ter ber mengeluntur ergh!!
walaupun bergaji bersih 35 000 pound seminggu,david de gea masih tidak mampu membayar 1.19 pound utk sebiji donat krispy kream di tesco. dia ditahan pagi tadi oleh pekerja yang mengawal cctv setelah melihat dia dan  rakannya yang berbangsa sepanyol membuka kabinet donat dan mengambil nya tanpa membayar dan berlalu keluar dari pasaraya itu. semasa ditahan berlaku sedikit pertengkaran kerana mereka tidak memahami budaya inggeris yang tidak menyediakan sampel donut dan hanya boleh di beli terus tanpa dirasa terlebih dahulu. mereka disoal siasat dalam bahasa sepanyol oleh staff yang bertugas dan de gea kelihatan malu2 kerana tidak mengetahui tentang budaya itu.kes itu selesai dan mereka tidak dikenakan tindakan selanjutnya.

polisi tesco ialah mereka akan mengenakan tahanan 3 bulan keatas pencuri yang didapati mencuri di pasaraya mereka.

jangan la korang semua kecoh pasal ni . x pasal2 merajuk budak seekor ni ha.. 2 minggu lagi nak lawan liverpool.x pasal2 down terus si de gea ni dan kalau dia ni x main nanti kena ayam la aku dengan liverpool tu
alex ferguson mengulas: de gea masih tak faham lagi dengan budaya inggeris ni ha,jadi kalau ada salah silap tu tolong perbetulkan ye.

reinkarnasi john travolta

sebelum ni selebriti yang dikaitkan dengan reinkarnasi atau kelahiran semula adalah keanu reeves dan nicolas cage tapi yang baru2 ni pula john travolta pulak dikaitkan dengan kelahiran semula.(kelahiran semula ni dihebohkan oleh penganut sciencetology jadi mereka mempercayai konsep ini)

'john travolta' 1860

real john travolta
seorang pengumpul gambar2 lama dari ontario,kanada terperanjat selepas menemui gambar seorang lelaki yang mirip john travolta.dia mendakwa gambar itu adalah reinkarnasi john travolta yang terdahulu iaitu pada 1860.setelah diteliti gambar yang telah berusia 150 tahun itu mirip dengan john travolta.


gambar john travolta versi 1860 dilelong di ebay

gambar asal 'john travolta' 1860

pemilik gambar ini mempercayai gambar ini tulen kerana di proses menggunakan ruby glass ambroyte photograph.teknologi yang wujud pada zaman itu .kepada yang berjaya menjadi pembida yang tertinggi mereka kos shipping adalah percuma dan gambar akan diberikan frame sekali.

Tuesday 27 September 2011

Reuben Nobel- Lazarus

pemain barnsley berusia 18 tahun ini memecah rekod sebagai pemain paling muda pernah diturunkan apabila melakukan debut seniornya menentang ipswich town pada 30 september 2008 pada usia 15 tahun 45 hari utk perlawanan liga kejuaraan. dia berjaya memecah rekod pemain bradford park avenue,Albert Geldard pada 1929 dan pemain wrexham fc,Ken Roberts pada 1951. pengurus,simon davey ingin menurunkan dia pada kempen carling cup utk musim itu tetapi dihalang kerana reuben masih di bawah umur.

Monday 26 September 2011

TRON lightcycle !!!! akhirnya direalisasikan

dalam tron the legacy aku begitu teruja dan berminat dengan moto sam flynn yang hanya  berasaskan bentuk handle motosikal tapi boleh betukar menjadi motosikal dan kenderaan lain.kali  ni motor ajaib ni betul2 wujud di buat oleh parker brother choppers. berasaskan kuasa elektrik. prototaip motor ni dibuat dari fibre glass dan tayarnya diubah suai dari tayar mini trak.
 prototaip ni dilengkapi dengan 96v elektrik motor,boleh mencapai 100 MPH, kuasa elektrik bertahan utk 100 batu.setakat ni motor ni x sah lagi utk kegunaan kat jalan raya.utk model yang sah utk di  jalan raya pulak harganya $55 000 us dolar tapi menggunakan petrol dan bukannya kuasa elektrik.

 http://www.hammacher.com/Product/11862?promo=search&query=11862



Sunday 25 September 2011

the Quarrymen

quarrymen di awal kemunculn mereka
kumpulan the Quarrymen adalah kumpulan muzik skiffle dan rock n roll yang kemudian berkembang menjadi legenda The beatles.the Quarrymen dibentuk hasil pengaruh fenomena muzik skiffle.elvis presley dan buddy holly pada masa itu. dari situ lah john lennon bersama rakannya membentuk the quarrymen.dan mereka sempat merakam demo cover buddy holly - that'll be the day dan in spite of all the danger - lagu yang ditulis oleh paul mccartney dan george harrison.

Saturday 24 September 2011

hanya ada satu PELE'

yang aku maksudkan bukan pele brazil tu. tp pele yang main utk kelab eskisehirspor, kelab di liga turkey.   nama  sebenar pele ini ialah vitor hugo gomes passos dan tak diketahui kenapa dipanggil pele. memulakan karier nya di vitoria guimares dan seterusnya dibeli oleh inter milan tapi hanya bertahan semusim pasal tidak memenuhi standard permainan inter. kemudian dijadikan umpan dalam pakej perpindahan   ricardo quaresma dari porto ke inter dan pele dari inter ke porto dlm perjanjian bernilai 18.6 juta euro.


pada januari 2009 pele yang tidak menjadi ini ke fratton park mencuba nasib bersama portsmouth dlm option perpindahan tetap di hujung musim tetapi tidak berjaya dan tidak membuat sebarang penampilan dlm tempoh pinjaman itu. perpindahan nya ke genoa hampir menjadi kenyataan tetapi gagal sebab takde kata sepakat dan sekali lagi pele dipinjamkan ke real valladolid dan nasib malangnya berterusan bila kelab itu tersingkir dari la liga.



nasibnya mula berubah bila dibeli oleh eskisehirspor,kelab liga turki. utk kontrak 3 tahun.persamaanya dengan pele ialah TIADA! kerana pele legenda berasal dari brazil dan pele moden ini pulak dari portugal.diorg jugak bermain di posisi berbeza dengan si legenda di posisi serangan dan si mitos modes di central midfielder.

Friday 23 September 2011

Inter oh inter !!!!

inter milan ??? INTELLIGENT MOURINHO FC :)

kat chelsea x de sape boleh pecah rekod aku, tgok ancelotti baru 2 purnama dah kena pecat.kat inter lagi la,dah 3 manager berganti sejak aku pergi dalam tempoh x sampai setahun. well,mcm biasa lah ! aku kan SPECIAL ONE
sejak perginya ayahanda mourinho ke real madrid bandar milan kini semakin pudar kuasa bola sepaknya. dahulu masa beliau masih memerintah bandar milan, inter masih boleh meneruskan tradisi juara mereka dengan musim pertama harimaurinho menerajui inter dia menjulang piala supercopa italia dan serie A kali ke 5 berturut.sebelum rekod itu digagalkan oleh air leonardo yg hanya membawa inter naib juara dan menjuarai super copa italia utk musim 2010-2011.berbalik kepada era mourinho, inter milan masih kukuh dan gagah mcm era mancini , dan yang paling hebat mourinho capai ialah menang uefa champions league 2009-2010.dan dalam musim yang sama menang copa italia. dlm hanya 2 musim mourinho cepat menyesuaikan diri.


Entah la, tak tau nak komen ape kali ni.mungkin saya cuba uji bakat jadi pelakon pulak pasal muka saya ni ada iras2 mafia dan tokey casino

setelah cuci kaki dan pergi ke madrid, inter ditadbir oleh mafia sepanyol yg hati keras,rafa benitez yang baru sahaja kehilangan pengaruhnya di anfield. masuknya rafa ke dlm scene bola itali,inter kalah kepada atletico madrid utk eufa super cup.tapi rafa mengubat hati penyokong dengan menang supercopa italia dan kejuaraan kelab dunia fifa yang beliau gagal menang utk liverpool.tapi hanya setengah musim saja pak rafa bermaharaja di milan, beliau dipecat disebabkan prestasi inter yg merudum di serie A.

style dah ada,muka hensem, bila la nak ambik aku jadi model ni. aku ni kan ade iras2 messi.agaknya kena mandi bunga la aku lepas ni.dah le kena pecat.tempat yang sama pulak tu.bala..bala..

Di pertengahan musim datang pula rodimus prime versi manusia, LEONARDO, bukan leonardo da vinci, tapi leonardo araujo bekas manager jiran setempat yang baru digulingkan. entah inter ni belajar sejarah atau tidak.berdasarkan rekod leonardo utk ac milan tiada yang boleh dibanggakan pun selain diingati dengan strategi SILAP BESAR nya semasa bertemu man utd di pusingan kalah mati dengan kekalahan yang memalukan 7-2. mcm aku cakap tadi, dia kan rodimus prime dilantik menjadi ketua tetapi gagal dalam mentadbir dan tidak popular dikalangan penyokong.setelah ditendang dari stadium yang sama,leonardo kembali dengan muka yg control hensemnya dengan dilantik menjadi manager inter utk baki musim 2010-11 di stadium yang sama juga tapi utk team jiran ac milan,inter milan.sempat jugak menabur bakti dengan menjuarai copa italia dan naib juara serie A tapi di peringkat eropah,dia gagal mengekalkan kejuaraan eufa champions league selepas dibelasah schalke 5-2 di suku akhir dan musim itu diakhiri dengan dia dipecat lagi oleh sebuah lagi kelab bandar milan.


aku datang ke milan ni sebab gian piala dan kemenangan, bukan gian kekalahan dan dipecat. pasal korang x perform aku yang kena pecat.
setelah leonardo dihalau dari inter, gian pero gasperini yang digelar gasperson oleh  enrico preziosi,presiden kelab genoa(merujuk kepada nama alex ferguson).  kerana sumbangan besarnya utk genoa dengan membawa mereka kembali ke serie A dan menduduki tempat ke 5. di milan gian pero gagal mengadaptasi formula nya utk genoa keatas inter dengan inter kecundang kepada ac milan pada perlawanan super copa italia dan melalui permulaan musim yang buruk dengan kalah dalam 4perlawanan terawal di semua peringkat utk 5 perlawanan. sudah jatuh ditimpa sarang lebah,inter memilih utk menendang gian pero sebelum dia menjadi lebih ketagih dan  gian utk kalah lagi dan membawa masuk clauido ranieri.

iklan guinness era 70 an

lirik lagu dalam iklan ni membuatkan aku terasa tergerak iman plak ,mane x nye. dah la lagu dia ade bait 'guinness stout,baik untuk anda,baik untuk anda!!. dari sini berubah la persepsi aku tentang orang dulu2 pada aku, orang dulu lebih terbuka dan mengasingkan agama dari kehidupan harian mcm orang sekarang    (segelintir je ).

willie mccool

'willie' mccool

krew misi sts 107

william cameron  mccool salah seorg krew kapal angkasa columbia yg terkorban semasa kapal angkasa itu memasuki orbit bumi selepas melaksanakan misi STS 107. willie mccool terkorban bersama 6 astronaut yang lain. punca nahas ialah span yang menjadi komponen dalam shuttle tu rosak masa pelancaran shuttle ke angkasa dan menjadi punca kepada kegagalan panel-panel karbon dan jubin perlidungan haba pada sayap kiri shuttle gagal berfungsi, semasa perjalanan balik ke bumi panel tu menjadi panas dan menyebabkan letupan yang mengorbankan 7 astronaut itu.nahas ini berlaku pada 1 februari 2003

Sunday 18 September 2011

Ronaldo luis nazario de lima

ronaldo menyambut hari jadi nya yg ke 35 hari ini.lagenda brazil ini digeruni pada pertengahan era 90 an hinggalah pertengahan dekad 2000 an. legenda no 9 ini dikenali dengan gelaran phenomenon dengan skill geleceknya, rembatan padu dan kawalan bola yang mantap.

antara kemunculan awalnya utk brazil

memulakan karier senoir bersama cruzeiro dan dlm tempoh semusim saja dia mampu menarik perhatian kelab terkemuka belanda PSV eindhoven utk membelinya dan dari situ bermula lah langkah gemilang ronaldo.rezekinya juga bertambah apabila dipanggil menyertai skuad piala dunia brazil di piala dunia 1994 yang diadakan di AS. tetapi dia tidak diturunkan utk sebarang perlawanan pada kejohanan itu di mana brazil menjulang trofi ke 4 mereka.


beraksi di fifa 1998

pada 1996 dia dibeli oleh barcelona $17 juta  dan sejak itu nama ronaldo semakin digeruni di seluruh dunia.musim 1996-97 diakhiri dengan gemilang dengan menjaringkan 47 gol dari 49 penampilan.dia juga menjadi pemain tahunan fifa utk 1996 dan menjadi naib juara utk ballon d or.



aksinya di final fifa 1998
1997 dia disambar inter milan pada harga $19 juta dan mewakili brazil pada fifa 1998 di perancis.tetapi gagal menjulangnya apabila kalah kepada tuan rumah,perancis. dikhabarkan sebelum perlawanan akhir itu ronaldo telah diserang sawan dan dia terpaksa bermain dalam keadaan kurang cergas.pada november 1999 karier ronaldo seakan berakhir apabila dia cedera lutut dan dia terpaksa menjalani pembedahan.pada april 2000 dia kembali beraksi menentang lazio tetapi cedera lagi.selepas menjalani 2 pembedahan dan berehat panjang ronaldo kembali cergas utk beraksi di piala dunia 2002 dan brazil memenangi kejohanan itu dengan ronaldo menjadi penjaring terbanyak 8 gol dan menjaringkan 2 gol kemenangan brazil ke atas jerman.


rambut nya yang menjadi ikutan

menjaringkan gol di final menentang jerman

bersama rivaldo mengucup piala dunia ke 5
dia kemudiannya menyertai real madrid pada harga perpindahan 46 juta euro dan  memenangi   piala copa del rey,liga sepanyol dan intercontinental cup bersama mereka.pada fifa 2006 dia menyumbang 3 gol.

januari 2007 pula ac milan membelinya pada harga 8 juta euro dan ronaldo ternyata hilang sengatnya dengan bermain 20 perlawanan dan 9 gol utk satu musim setengah. setelah kerap cedera dan gagal kembali ke prestasi terbaiknya ronaldo dilepaskan dan kembali ke brazil

di brazil ronaldo masih disanjung tinggi oleh peminatnya dan dia memilih utk beraksi bersama corinthians.dan dia berjaya memulihkan prestasinya selama 3 musim bersama kelab itu.ronaldo akhirnya terpaksa akur dengan usianya apabila kecederaan membuatkan dia terpaksa mengantung boot dan pada majlis persaraan nya dia disambut dengan meriah oleh para penyokong.

ronaldo diiktiraf penjaring gol terbanyak di piala dunia FIFA dengan menjaringkan 15 gol mengatasi rekod gerd muller 14 gol. dia juga pemain ke 20 menjaringkan gol di 3 siri  piala dunia fifa ( perancis 1998,korea-jepun 2002 dan german 2006)



ronaldo telah memenangi pelbagai trofi tetapi dia tidak pernah menjulang UEFA CHAMPIONS LEAGUE. kerana pada musim dia menyertai ac milan di mana kelab itu menjulang UEFA CHAMPIONS LEAGUE ke 6 mereka ,dia tidak dibenarkan utk bermain kerana separuh musim itu ronaldo dia telah beraksi utk real madrid.

omri katz & justin shenkarow

aku kenal dua aktor ni sebab dulu ntv7 ada tayangkan cerita eerie indiana setiap sabtu. after eleven years baru aku tau yg cerita ni ditayangkan di amerika syarikat pada tahun aku dilahirkan 1992. jadi masa tu umur omri 16 dan justin pulak 8 tahun.







omri katz
justin shenkarow
cerita eerie indiana menyatukan dua aktor ini sebagai dua sahabat yang cuba membongkar misteri pekan eerie,indiana tempat mereka menetap. omri katz adalah watak utama dan justin pula sidekick kepadanya. selepas tamat siri ini omri masih aktif tetapi gagal meraih perhatian seperti yang diraihnya utk eerie indiana dan kini tiada maklumat terbaru tentang kariernya. justin pula kekal aktif tetapi dia lebih kepada bidang belakang tabir dengan menjadi penyumbang suara utk watak harold dalam siri animasi hey arnold!.

sekarang:
omri katz   35 tahun

justin shenkarow 31 tahun

van diesel - tim howard

persamaan : kedua-duanya berasal dari amerika syarikat dan dikenali dengan imej berkepala botak.
perbezaan: tim seorang penjaga gol dan van seorang aktor


tim howard

van diesel

Saturday 17 September 2011

kesha dalam simple life

ni satu video lama dan sedutan dari rancangan simple life.yang menariknya episod kali ni mencari pasangan dating utk mak kepada kesha. masa ni kesha belum lagi jadi superstar.



Wednesday 14 September 2011

keluarga mccartney

stella mccartney genap 40 tahun semalam dan james mccartney pula genap 34 sehari sebelum itu (kelmarin) adik beradik mccartney ini adalah zuriat hasil perkahwinan paul dan linda mccartney.kakak mereka pula mary,lahir pada 1942. ini tidak termasuk kakak tiri mereka heather 49 tahun,hasil perkahwinan terdahulu linda - joseph


heather, 49 lebih suka mengamalkan sikap low profile dan kini menetap di sussex,england.bekerja sebagai pembuat pasu tanah liat.

mary mccartney, 42 bekerja sebagai seorang photographer. anak pertama perkahwinan paul dan linda.dinamakan mary sempena nama nenek nya, mary mccartney.

stella mccartney, 40 tahun.antara pereka fesyen terkenal dunia.minat dalam bidang rekaan fesyen mula timbul sejak berusia 13 tahun.


james mccartney 34, satu2nya anak lelaki dalam keluarga el macca. hanya james yang mengikut jejak paul bergiat dalam bidang muzik.

Tuesday 13 September 2011

IBM 305 RAMAC

55 tahun dahulu IBM 305 RAMAC adalah sebuah komputer komersial pertama menggunakan moving head hard disk( cakera simpanan magnetik) berfungsi sebagai external storage. mesin ini khusus utk pengiraan dalam urusan pernigaaan. sistem data ini menyimpan 5 juta 8 bit karakter. di dalam komputer ini terdapat Disk berukuran 24 inci diameter. pada masa itu harganya mencecah $160 000 dengan ansuran $ 3 200 sebulan. komponen lain yang terdapat pada sistem komputer ini ialah card punch,central processing unit,power supply,operator/console,card reader dan printer.

UNIT komputer RAMAC

disk RAMAC

Magnetik disk storage