Saturday 30 April 2011

THOR

ptg semalam aku pg tgok filem thor kat GSC pavi,harga tiket rm14.aku tgok pun sebab aku nak kenal dgn lebih mendalam siapa THOR ni sebab selama ni aku bace kat majalah je.



poster filem THOR. filem ni ditayangkan di malaysia bermula 28.4.2011. kat amerika syarikat pulak 6 mei 2011.ceritanya bermula dgn dr erik selvig,jane foster & darcy lewis  yg cuba mengambil gambar tentang puting beliung pd satu malam ni di new mexico tetapi semasa mereka cuba menjauhkan kenderaan mereka dari puting beliung itu mereka telah terlanggar dgn thor yg baru saja dibuang oleh odin ke bumi.selepas itu bermula lah flashback tentang negara asgardian,pada satu hari telah berlaku pertempuran antara gergasi frost & puak asgardian yg dimenangi oleh puak asgardian selepas itu mereka telah mengambil peti kuasa kaum gergasi frost.pada satu hari semasa pertabalan raja di asgard para gergasi forst telah menceroboh ke tempat simpanan rahsia di mana peti itu berada & dgn arahan odin,destroyer iaitu gergasi besi telah memusnahkan para gergasi frost itu.dan itu telah mengundang kemarahan thor dan dia dgn adik & rakannya telah pergi ke negara jotunheim utk membunuh mereka kerana mereka telah memungkiri perjanjian yg telah dibuat dgn odin.di jotunheim mereka telah berperang dgn king laufey & gergasi frost & fandral hampir kehilangan nyawanya akibat ditusuk ais yg tajam selepas itu mereka diselamatkan oleh odin & thor telah dibuang ke bumi & dia kehilangan kuasanya.dan di bumi thor dijumpai oleh dr erik selvig,jane foster & darcy lewis. selepas thor dibawa pergi ke hospital. mjolnir,tukul yg menjd senjata thor telah ikut sama tetapi tiada siapa pun yg mampu memegangnya kerana telah dikunci oleh mantera odin supaya hanya manusia yg benar2 layak saja mampu mengangkat tukul itu.thor telah lari drpd hospital & mesin ciptaan jane foster telah dirampas ejen bersekutu SHIELD. dan SHIELD telah membina markas di sekeliling mjolnir.semasa di perpustakaan dr.erik selveg telah menemui satu buku yg mengandungi sejarah negara asgard & segala yg diceritakan oleh thor.kerana dia menyangka thor seorg yg gila.semasa thor ditahan & disoal siasat kerana menceroboh ke kawasan larangan utk mengambil mjolnir tetapi gagal  loki telah dtg kpdnya & menipu yg odin sudah mati & dia tidak boleh kembali ke asgard. setelah loki menjadi raja asgard dia telah merancang utk membawa gergasi frost & king laufey ke asgard utk membunuh odin & mengambil kembali peti kuasa mereka.tetapi loki telah ditentang oleh sif,volstagg,hogun & fandral.mereka ber4 meminta utk dtg ke bumi mengambil thor tetapi loki telah memerintahkan destroyer supaya membunuh thor.di bumi destroyer telah memusnahkan pekan new mexico & sif,volstagg,hogun & fandral cuba menghalang tetapi gagal & thor lemah setelah dilibas oleh destroyer kemudiannya dia mendapat semula kuasanya dan memusnahkan destroyer.di asgaard heimdall yg enggan menurut perintah loki telah dibekukan & laufey hampir berjaya membunuh odin yg koma tetapi dia pula yg dibunuh oleh loki.setelah beberapa kali menyeru nama heimdall,ais yg membekukannya akhir nya lebur dan dia telah membuka jambatan pelangi membawa thor & rakan2 kembali ke asgaard & dia telah bertempur dgn loki & menyebabkan pintu yg menghubungkan bumi & asgaard hancur dan thor tidak dpt kembali ke bumi.


THOR,berasal dari negara ASGARD iaitu negara di dimensi lain.seorg yg angkuh & kurang sabar tetapi berani.senjata utamanya ialah tukul besi yg bernama morjlin
LOKI, adik kepada thor.sebenarnya dia bukan lah adik kandung thor.semasa loki masih bayi ODIN, bapa thor telah menemui nya di negara jotunheim iaitu negara gergasi frost yg dipimpin oleh king laufey.setelah menakluk jotunheim odin telah membesarkan loki dan berharap agar loki mampu menjadi peacemaker antara kedua-dua negara tu.

thor & ODIN,raja negara ASGARD.
jane foster,seorg saintis.mula jatuh cinta dgn thor setelah thor mencuba mendapatkan kembali peralatanya yg dirampas shield iaitu sebuah buku tentang kajian alam semesta & setelah thor menerangkan tentang dunia lain kepadanya.

dr erik selveg.seorg saintis,dia mula mempercayai thor setelah terjumpa buku mengenai lagenda yg terkandung cerita yg diceritakan oleh thor.

darcy lewis, rakan jane foster dia tidak begitu arif tentang sains kerana dia graduan sains politik


king laufey,raja kepada gergasi frost.

gergasi frost,kaum yg bersaiz besar & mampu membekukan sesiapa saja.
heimdall penjaga pintu dunia asgaard dgn dunia lain,seorg pengikut yg setia kpd raja.

fandral, rakan kepada thor.dia handal bermain pedang dia juga berusaha utk membawa thor kembali ke asgaard setelah dibuang ke bumi


 volstagg, seorg yg kuat makan .mempunyai kekuatan fizikal yg   hebat

hogun,seorg yg pendiam dia mahir menggunakan senjata.

sif, seorg pahlawan wanita yg lasak & tangkas.kawan kepada loki & thor sejak kecil

Thursday 28 April 2011

the REV dlm kenangan

the rev
james 'jimmy' owen sullivan
9.2.1981-28.12.2009
 aku mula mengenali the rev selepas aku dengar lagu a little peace of heaven-avenged sevenfold.sejak dgar lagu tu aku mula minat kat group ni tu pun sebab jeritan yg dahsyat dari back up vokal the rev,yg jugak drummer A7X(avenged sevenfold) aku kagum dgn the rev sebab walaupun bermain di posisi drum di masih boleh menyanyi dgn suara yg lantang sesuatu yg jrg dilakukan oleh drummer lain.sebab yg jd backup vocal biasanya gitaris,bassist atau keyboardist. 

tp pada hujung januari 2010 mase aku surf internet aku tbaca yg the rev dah meninggal pada 28.12.2009 iaitu pada hari jd aku ke17 dahtu plak aku hanya tau pasal kematian dia 2 bulan lepas tu.aku pun terkejut la utk sementara waktu,the rev mati sebab pengambilan dadah yg berlebihan & penggunaan alkohol dia dikebumikan pd januari 5 januari 2010 bila tgok bila tgok video klip seize the day, aku mula rase sebak lebih2 lg bile tgok scene keranda diturunkan ke liang lahad & ahli2 a7x jugak ade sekali kat pengkebumian tu,walaupun yg mati dlm video tu awek m shadow.kalau boleh aku nak diorg ubah skit lirik lagu seize the day tu sbg tribute kpd the rev .sejak the rev dah x de aku semakin kurang ambik tau pasal A7X skrg ni mike portnoy yg ambik alih tempat dia dan mike portnoy jugak jd backup vokal utk M shadow dlm lagu nightmare.tp aku masih rase yg the rev x de pengganti yg tepat.

enter shikari

enter shikari
enter shikari ni aku mula kenal sejak tahun lepas tp mula bg perhatian & minat kat diorg tahun ni.enter shikari ni menarik perhatian aku sebab muzik diorg yg menggabungkan post hardcore,screamo & electronic instrument,jd mcm sesuatu yg baru la.
enter shikari ni berasal dari st albans,hertfordshire,england. ditubuhkan pada 1999 dgn nama hybryd.tahun 2003 mereka menukar nama kepada enter shikari. ENTER adalah satu perkataan yg kerap kali dijumpai semasa ahli kumpulan ini bermain permainan video. SHIKARI pula bermaksud nama sebuah bot yg dimiliki oleh pakcik kpd frontman E.S iaitu rou reynold dan juga  shikari adalah perkataan dlm bahasa marathi,nepali,hindi,urdu,persian,punjabi & benggali yg bermaksud pemburu "hunter". jd apabila mereka bermain video game mereka telah mencipta satu karakter yg bernama shikari. 

rou reynold,rob rolfe,chris batten,rory clewlow.

lagu enter shikari yg menjd favourite aku ialah anything can happen in the next half an hour,juggernaut & sorry your are not a winner.

ahli-ahli:

chris batten (bassist)
'rou' roughton reynold (frontman) + (electronic)
rob rolfe (drummer)

'rory' liam clewlow (guitarist)






Sunday 24 April 2011

aaron carter

minggu lepas 21 april 2011 sibuk je budak2 bawah umur dgn justin bieber tu,eleh mcm la dia sorg je star dlm dunia ni.dlm 4-5 tahun akan dtg tenggelam la si bieber (uek 10x) tu. kali ni aku nak tulis post pasal AARON CARTER, dia ni sama jugak mcm justin bieber mula meraih perhatian selepas keluar dgn album debutnya yg  "aaron carter" pd lewat dekad 90an. sejak itu aaron ni pun semakin glamour lah sehingga lah tahun 2002 iaitu tahun akhir album si aaron ni keluar,sejak tu album dia x release lg sampai skrg. mase die mula2 glamour dulu pun sebab banyak budak2 jd superstar mcm the moffats,hanson,ashley-mary kate olson.
tahun 2000 zaman kegemilangan aaron bermula!

2001-2002
mase ni aaron carter la yg menjadi pujaan awek2 mase tu,maklum la dah la jambu,hensem pulak tu.

2011 (24 tahun)
aaron masih aktif lg dlm bidang seni tetapi dia x mendapat publisiti meluas.

aku ada satu soalan, AARON ni ada seorg abg yg jugak terlibat dlm bidang nyanyian tetapi abg dia bergerak secara berkumpulan (boy band) siapa dia???


Friday 22 April 2011

apa yg mark zuckerberg boleh beli 6.9 bilion US dolar???

mark zuckerberg telah tersenarai di tempat ke 35 dlm senarai 400 bilionaire yg disusun oleh majalah forbes.dgn jumlah kekayaan bernilai 6.9 bilion  US dolar


hero to zero

to good:

real madrid menang trofi pertama sejak 2008 & trofi copa del rey(piala raja sepanyol) yg pertama sejak 1993 menumpaskan barcelona 1-0 jaringan minit 103 oleh cristiano ronaldo

real madrid juara copa del rey 2010-2011
too bad

real madrid meraikan trofi piala raja sepanyol selepas perlawanan berakhir

sergio ramos & iker casillas meraikan trofi pertama mereka utk musim 2010-2011

piala di raja sepanyol

semasa menjulang trofi di hadapan penyokong di jalanan sergio ramos telah terlepas piala itu dan digesel oleh bas yg membawa mereka.piala seberat 9 kilogram ini mengalami kerosakan pada strukturnya.

Wednesday 20 April 2011

data cable usb.CA 101

USB data cable CA 101
masa merayau ke carrefour ahad lepas,aku pergi ke area gajet utk tgok apa gajet murah yg diorg offer.tp mcm x de ape yg menarik lepas tu aku pun pg ke tempat diorg letak cable utk modem & etc... mase membelek2 item-item tu aku pun terjumpa la dgn kabel ni,alhamdulillah lega aku sebab dah berbulan2 aku carik kabel usb utk X2 aku ni.harga pun murah gile rm 9.50 je dan jugak item ni baru je diorg letak kat situ.aku pun terus angkat la.sebab masa aku beli usb cable utk 3110 classic aku dulu harga usb cable tu rm 50 !!!!  40 ringgit aku kena dgn tipu kedai cina tu.yg haru biru nya 5 bulan kemudian iaitu masa cuti raya aku beli mp3 kat low yat jugak mp3 sk-clip jenama skyblue dlm gambar atas ni pd harga 49 and you know what???  aku dapat kabel yg sama, bezanya wayar die pendek skit.kalau aku tau mcm tu baik aku beli je mp3 tu dulu kan aku dah boleh jimat rm 50.

sebelum kabel ni ade jugak aku terpaksa mem bluetooth kan gamba&lagu dari X2 aku ke 3110 c  sebab mase tu x de kabel ni lg,dan dari 3110 c ke komputer sebab 3110c je yg ade kabel usb tu.

andres villa boas

andres villa boas
si andres ni mula terkenal selepas mengambil alih jawatan pengurus kelab academica di liga portugal.mase tu academica sdg bergelut dgn penyingkiran dan selepas andres mengurus kelab itu dia telah mengubah strategi & corak permainan mereka dan pada musim itu(2009-2010) mereka telah melangkah ke separuh akhir piala portugal dan tumpas kpd porto dan mereka mengakhiri musim itu dgn menduduki tempat ke 11, 10 mata dari zon penyingkiran. dia juga di gelar 'mourinho baru' kerana sebelum ini dia menjawat jawatan sbg pembantu pasukan pengurusan mourinho semasa di chelsea & inter milan.spt mourinho dia juga tidak pernah bermain sbg pemain profesional kerana andres baru berusia 34 tahun!!! semasa dia 17 tahun dia telah  memperolehi lesen kejurulatihan C dari  UEFA. dan menjadi ketua jurulatih pasukan bolasepak british virgin island utk tempoh yg singkat sebelum menyertai pasukan pengurusan mourinho.

pada musim 2010-2011 dia telah membawa FC porto(kelab yg pernah diuruskan oleh mourinho  ) memenangi liga portugis,dia juga pengurus yg termuda di liga portugis.dia juga mencipta rekod baru utk porto setelah mengharungi 36 perlawanan di semua kejohanan tanpa kalah,dgn separuh drpd rekod itu dicapai semasa di bawah pengurusan jesualdo ferreira. rekod itu juga mengatasi rekod yg dicipta oleh mourinho dgn 33 perlawanan.

mourinho(the special one)

Tuesday 12 April 2011

apa itu United Kingdom & Britain ??

hari ni  aku ada post    apa beza uk & britain tp di sini aku nak terangkan dgn lebih mudah!!

great britain,terdiri dari 3 buah negara yg bersempadan  iaitu
scotland,terletak di utara britain.

england,negara paling terbesar di kepulauan great britain.
wales,terletak di barat kepulauan britain.sebelah barat england
di britain,penduduknya bertutur dlm bahasa inggeris (england,tetapi dgn loghat & pelat masing2 iaitu utk penduduk di liverpool(scouser) manchester (mancunian) & lain2) scottish & inggeris (scotland) inggeris & welsh(wales,tetapi hanya sikit sahaja rakyat wales yg boleh bertutur bahasa welsh) rata2 rakyat di britain juga lebih suka dipanggil englishman,tidak kira lah mereka itu dari bangsa welsh,english,&scottish


bendera UK dan Britain adalah same tetapi berbeza wilayah nya,di dlm peta UK pula terdiri daripada




wales,scotland,england tp UK ini ditambah dgn kemasukan NORTHERN IRELAND = ireland utara, ireland utara hanya dipisahkan dgn britain  oleh selat irish/lautan irish
northern ireland/ ireland utara

                                                                             



republik ireland

ireland utara
                 


                                    

republik ireland terletak di selatan kepulauan ireland(irish). terbahagi kepada 2 negara ireland utara & republik ireland.dgn republik ireland terletak di selatan & ireland utara di bahagian utara.dgn ibu negeri masing2 iaitu belfast(ireland utara) & dublin (republik ireland).bahasa yg dituturkan ialah bahasa inggeris.republik ireland dibawah pentadbiran mereka sendiri tetapi ireland utara diperintah united kingdom

new zealand

australia

kanada

amerika syarikat
= tong sampah britain, warga kanada,amerika syarikat,australia & new zealand adalah keturunan yg berasal dari britain. australia & new zealand asal nya digunakan sbg tempat utk menempatkan banduan dari uk dlm usaha utk mengurangkan kepadatan banduan penjara di u.k ketika itu.jd sebab itulah di negara2 ini ada penduduk & bahasa inggeris.