Sunday 13 March 2011

Wright-Lampard-Schemichel

ian wright

legenda arsenal ni menempa kejayaan semasa permulaan kariernya di crystal palace & kemuncak karier nya di arsenal. di arsenal dia masih mampu mengekalkan standard permainanya walaupun pada pertengahan 90 an arsenal telah bertukar 4 pengurus dalam satu tempoh yg singkat di bawah george graham-stewart houston(pgendali sementara)-bruce rioch-arsene wenger. kebiasaanya seseorg pemain menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dgn strategi seseorg pgurus lebih2 lg jika sering bermain di kelab yg slalu memecat pengurus.tetapi ian tetap memberikan persembahan terbaiknya sesuatu yg menyebabkan dia disanjung tinggi oleh para peminat & sumbangannya yg hebat spt memenangi epl musim 1997-1998, piala FA 1993 &1998,piala pemenang piala 1994,piala liga 1993 serta pencapaian peribadi nya memenangi kasut emas pada 1992.
shaun wright-phillips


adalah tidak adil kalau aku membandingkan pencapaian anak angkat & bapa angkat. shaun wright philips bukanlah anak kandung ian wright.tetapi pencapaian shaun lebih baik dari adik tirinya iaitu bradley.shaun telah memenangi liga perdana inggeris bersama chelsea pada 2005-2006,piala FA 2006-2007,& perisai komuniti 2005. dia juga pernah memecah rekod penjualan pemain manchester city pada musim perpindahan musim panas 2005.dia dibeli oleh chelsea dgn harga 21 juta pound,satu rekod penjualan utk man city pada ketika itu.
bradley wright-phillips
anak kandung kpd ian wright.memulakan karier bersama abg tiri nya di manchester city tetapi bagaikan lumrah dlm bola sepak, antara 2 adik beradik yg bermain bola sepak hanya seorg dari mereka akan berjaya & menyerlah. itulah yg berlaku kpd bradley,ketika abg nya mula mencuri perhatian dia gagal menyerlah dan dijual pada harga 500 000 ribu pound kpd southampton pada perpindahan musim panas 2006.selama 3 musim di southampton dia menjaringkan 22 gol daripada 111 penampilan,kini dia bermain utk plymouth argyle.mungkin tuah tidak ada utk bradley tidak spt abg tiri & bapanya mereka terus sukses dlm karier masing2.

frank lampard sr.

bapa kepada frank lampard jr ini memulakan karier nya di west ham united & membantu mereka memenangi piala FA 1975 & 1980 dan divisyen dua pada 1981 .bersama west ham dia telah membuat penampilan sebanyak 660 kali & 22 jaringan.dia telah mencipta rekod sbg pemain yg paling banyak membuat kemunculan utk west ham.

frank lampard jr.

ikon chelsea ini pada awalnya memulakan kerjaya nya di west ham,tetapi pada musim 2000-2001 chelsea telah membelinya pada harga 11 juta pound satu rekod utk pmain muda pada ketika itu.di west ham united,dia   membantu mereka memenangi saingan intertoto cup pada tahun 1999.setelah berpindah ke chelsea, lampard mula menunjukkan kehebatannya bermain di bahagian midfield dgn membantu mereka memenangi EPL 3 kali,piala FA 3 kali,piala liga 2 kali,perisai komuniti 2 kali, dan dia turut melakar kejayaan peribadi setelah memenangi banyak anugerah spt ballon d or(tmpat ke2) pada tahun 2005,pmain tahunan england 2004 & 2005,penjaring terbanyak chelsea 2004-2005,2005-2006,&2007-2008, pmain terbaik EPL 2004-2005,2005-2006.daripada 496 penampilan utk chelsea,lampard telah menjaringkan 166 gol.sesuatu yg menakjubkan & jauh lebih baik daripada pencapaian bapanya.

peter schmeichel
lagenda sepanjang zaman man utd ini telah mencipta kejayaan di peringkat domestik & antarabangsa. dia juga dikenali sbg penjaga gol yg banyak menjaringkan gol :) serta terkenal dgn cubaan menyelamat nya yg memukau penonton. mula mencipta kegemilangan ketika bermain utk brondby,membantu mereka memenangi divisyen 1 denmark 3kali, superliga danish 1,piala danish 1. kemudiannya,setelah berpindah ke old trafford dia menempa nama di peringkat antarabangsa.semasa bermain utk the red devil, dia memenangi 5 kali liga perdana inggeris,piala FA 3 kali,piala liga 1,piala perisai komuniti 4 kali,liga juara juara eropah 1,& piala super uefa 1. dia juga antara pemain pasukan man utd yg mencipta sejarah memenangi treble pada tahun 1999.di peringkat antarabangsa pula,dia antara nadi pasukan denmark yg berjaya memenangi euro 1992.selepas meniggalkan man utd, dia membantu sporting cp memenangi portugese superliga & aston villa menjuarai piala uefa intertoto cup.di hujung kariernya ,dia bermain utk man city dan membantu mereka menewaskan kelab nya 3-1 dlm perlawanan liga.setelah bersara pete melibatkan diri dlm bidang pengacaraan,dia telah mnjadi pgacara untuk program DIRTY JOBS untuk siaran eropah.


kasper scmeichel
memulakan kerjaya profesional nya dgn bermain utk man city,pada awal musim 2007-2008 kasper telah menunjukkan presatasi yg baik semasa bermain utk man city dan menarik perhatian selepas mempamerkan permainan yg memuaskan semasa menentang man utd di eastland di mana  man city menumpaskan red devil 1-0.menjelang pertengahan musim itu dia kehilangan tempat nye kepada pnjaga gol yg meningkat naik,joe hart.kemudiannya,dia menghabiskan musim itu dgn bermain secara pinjaman.setelah andreas isakkson  dilepaskan ke psv eindhoven,kasper kembali mendapatkan tempatnya sbg penjaga gol ke 2,tetapi setelah shay  given  ditandatangani dari newcastle united, kasper memilih jalan keluar ke notss county,dia memecah rekod pembelian notss county apabila dibeli dgn harga 1 juta pound.semusim bersama notss county kasper telah bermain dgn cemerlang apabila berjaya mgumpul clean sheet sebanyak 24 daripada 43 penampilan & notts county berjaya memperoleh kenaikan divisyen ke liga satu iaitu divisyen ke-3 inggeris selepas EPL & CHAMPIONSHIP.pada hujung musim tersebut kasper telah dilepaskan disebabkan kelab tidak mampu membayar gaji nya yg berjumlah 15 000 pound seminggu, ia satu jumlah yg besar utk kelab yg bermain di liga bawahan. pada musim 2010-2011 kasper akhirnya menyertai leeds united yg berjaya kembali ke liga kejuaraan. peluang untuk kasper menonjol semakin cerah kerana ketika ini leeds united sedang bersaing utk merebut tmpat 6 teratas utk bermain di play off utk layak ke EPL

Saturday 12 March 2011

Dalglish-Redknapp-Maradona-Cruyff


kali ni aku nak bcerita tentang kejayaan anak & bapak,aku fokuskan kpd pemain bola sepak.aku kadang2 rasa pelik bila kalau bapaknye legenda & hebat main bola tp anak nye serba x menjadi.kalau bapaknye stakat main biasa2 je si anak nye plak bkan main hebat lg ...pelik bin ajaib
kenny dalglish 
dia ni menjadi perhatian selepas pencapaian cemerlang & rekod yg diciptanya ketika bermain untuk liverpool,169 gol,6 kejuaraan liga divisyen satu(epl),1 piala FA,4 piala liga,5 charity shield,3 piala eropah,& 1 piala super eropah dan ramai yg berharap supaya anak nye dapat mengikut jejak langkah beliau.

paul dalglish
tetapi yg sebaliknya pula berlaku kpd paul dalglish, tidak banyak yg boleh diceritakan tentang dia kerana karier bola sepaknya yg turun naik & tiada pencapaian mahupun rekod gemilang yg dicipta oleh nya.dia   menghabiskan karier bola sepak nya dengan bermain di kelab-kelab kecil & liga bawahan .pencapaian  gemilangnya hanya lah memenangi  piala MLS major league soccer untuk 2 kali iaitu pada 2006 & 2007.pada tahun 2007 dia mengambil keputusan utk bersara.dan melibat kan diri dlm bidang kejurulatihan dia telah mnjd pgurus utk fc tampa bay tetapi telah dipecat disebabkan keputusan yg kurang memberansangkan.

harry redknapp
karier beliau sbg pemain hanya lah cemerlang ketika bermain utk west ham utd & bournemouth sahaja,dan ketika bermain utk kedua2 kelab ini dia tidak pernah memenangi sebarang piala.tetapi selepas beralih arah utk menceburi diri dlm bidang pengurusan.dia telah berjaya menaikkan reputasi pasukan bimbingannya sbg contoh semasa kali ke2 dia membimbing portsmouth,mereka telah berjaya kekal dlm liga perdana inggeris & mnjadi pasukan yg stabil dari segi pencapaiannya.pada 2008 mereka telah berjaya memenangi piala FA inggeris & layak utk beraksi di piala UEFA tetapi setelah dia berpindah ke spurs portsmouth kembali terumbang ambing & pada musim 2009-2010 mereka tersingkir ke liga kejuaraan.harry pula setelah dilantik sbg pgurus tottenham hotspur pada ptgahan musim 2008-2009 telah membawa mereka keluar dari zon penyingkiran & pada musim 2009-2010 pula dia telah membawa tottenham hotspurs utk beraksi di liga juara juara uefa buat kali pertama.

jamie redknapp

karier bolasepak jamie lebih cemerlang berbanding ayah nye,dgn berjaya membantu liverpool memenangi piala liga 1995,piala uefa 2001,uefa super cup 2001 & dilantik menjadi ketua pasukan pada musim 1999-2000 .jamie juga tergolong dlm sekumpulan pemain liverpool yg mendapat jolokan SPICE BOYS kerana lebih banyak menghabiskan masanya di luar padang dgn mnjadi model pakaian berjenama & perkahwinannya dgn Louise nurding iaitu seorg penyanyi pop.kesimpulannya,jamie lebih cemerlang dlm bidang bola sepak berbanding bapanya,tetapi harry lebih  berjaya & menyerlah dlm bidang pgurusan brbanding jamie

diego maradona



the beatles

the beatles:george harrison,john lennon,ringgo starr,paul mccartney
hari ni aku nak  tulis pasal idola aku,THE BEATLES. diorg  ni berasal dari liverpool,england.asalnya sebelum popular the beatles ni banyak melalui pelbagai halangan & rintangan spt demo pertama mereka yg dihantar kpd syarikat rakaman ditolak mentah2 oleh pengurus di syarikat tersebut.tapi mereka tidak berputus asa,pada suatu hari mereka telah ditawarkan kontrak untuk bermain di kelab malam di hamburg,jerman  .mase tu the beatles ni masih berlima termasuk stuart sutcliffe & pete best.masa tu ringgo starr x blom lg menjadi ahli the beatles
stuart sutcliffe(bassist)

pete best (drummer)
semasa di hamburg   mereka  bermain di indra club tetapi sebaik sahaja tiba di kelab itu mereka bukanlah mendapat sambutan yg meriah tetapi kelab itu telah ditutup :( nasib mereka baik sedikit kerana pengurus dari kelab yg berdekatan telah mencari seseorg untuk membuka kelab tersebut dan pada waktu itu mereka   hanya tidur dikerusi di kelab itu.pada malam itu juga mereka terus bermain muzik tanpa memikirkan keletihan yg mereka alami disebabkan perjalanan yg jauh.selepas persembahan itu mereka diarahkan untuk tidur di dalam bilik stor panggung wayang yg kecil yg begitu sempit,sejuk & bising kerana bilik stor itu dibelakang skrin wayang BAMBI KINO. john lennon pernah berkata yg bilik itu bersebelahan dgn tandas wanita jd memang tidur dlm keadaan yg x selesa lah mereka dgn bilik itu juga tiada pemanas.dikhabarkan juga mereka diwajibkan utk membasuh & bercukur menggunakan air kencing yg sejuk itu.selepas kelab indra ditutup akibat menerima aduan disebabkan kebisingan.the beatles mula bermain di kelab KAISERKELLER.mereka telah bermain selama 7 hari seminggu,dan  dlm setiap 60 minit mereka hanya rehat sejam.kelab itu mgamalkan cara itu kerana mereka percaya ianya mampu menarik minat pengunjung. bermula dari situlah mereka mula menajamkan skill masing2 . tetapi satu lagi halangan yg terpaksa mereka lalui adalah ketika itu george harrison masih di bawah umur,dia ketika itu blom genap 18 tahun jadi dia terpaksa dihantar pulang semula ke england. setelah dia genap 18 tahun the beatles membuat keputusan utk kembali ke hamburg.

joy divison

joy division: stephen morris,peter hook,ian curtis,bernard sumner



 Pada dekad 80 an manchester bukan lah satu bandar yg menyeronokkan spt london tetapi sejak kemunculan pemuzik2 spt  buzzcock,at certain ratio,vini reily,durutti column,happy monday,joy division, & kemudiannya new order(pecahan joy divison) scene muzik di manchester mula menjadi tumpuan hasil usaha tony wilson yg mengusahakan label indie fac51 (factory record) & penubuhan kelab the ha5ienda(hasienda).tp yg ingin aku utamakan di sini ialah joy division.joy division hampir menawan dunia muzik amerika tetapi dikejutkan oleh kematian vokalis nya iaitu ian curtis akibat menggantung diri   disebabkan masalah rumahtangga nya & penyakit epilepsi nye yg semakin teruk.selepas itu,3 ahli asal joy division bertekad utk meneruskan karier muzik mereka bersama & menubuhkan band new order. konsep muzik new order berbeza dgn muzik joy division & new order bertuah kerana tiada band yg mampu bertahan lama setelah kehilangan vokalis mereka.bernard sumner sbg vokalis mggantikan ian curtis & penambahan gilbert di bahagian keyboardist.
new order:stephen morris,bernard sumner,peter hook,gilbert.









Friday 11 March 2011

MIKE HRANICA


mike hranica






td diyana gf aku yg tersayang tanye: kenapa letak hranica?
ni aku nak cerita ni,HRANICA tu diambil dari nama vokalis the devil wears prada,MIKE HRANICA.jd sbg penghormatan kepada beliau aku pun mengabadikan namanya pada blog aku.sbab stakat ni aku tgok org banyak gune nama rythm guitarist & clean vocal diorg,JEREMY DEPOYSTER je. jd aku pun x nak tiru org aku pilih je nama hranica ni.

mike hranica ni jgak ade buat kerja amal dimana dia ni ade mengusahakan satu label clothing dan separuh dari hasil jualan label clothing tersebut diserahkan kepada badan amal skate 4 cancer.

liverpool fc


aku ingat kan musim lepas adalah ,musim yg paling teruk utk liverpool dlm dekad awal 2000-an.tp musim ni pun 2x5 jgak,makkin teruk:( tp sejak kenny dalglish jd caretaker manager liverpool ,liverpool dah semakin meningkat prestasi nye.

kenny dalglish era 1970 an & 80 an


kenny dalglish ni dah jd legenda liverpool fc sejak dia banyak membantu liverpool memenangi pelbagai trofi & kejuaraan liga sejak dia memulakan kariernye sbg penyerang liverpool.dia masa tu di bawa masuk  untuk mggantikan striker terhebat liverpool masa tu KEVIN KEEGAN.jd selepas kevin keegan berhijrah ke hamburg sv era kenny dalglish pun bermula.
bermula pertengahan dekad 80 an & awal 90 an beliau dilantik sbg pengurus liverpool
ketika memulakan karier sbg pengurus liverpool kenny dalglish ni masih meneruskan tradisi pengurus liverpool iaitu memenangi banyak trofi,melahirkan penyerang baru yg berbisa,& meneruskan tradisi boot room boys :). semasa menguruskan liverpool kenny ni telah membawa liverpool memenangi kejuaraan liga terakhir mereka pada musim 1990.pada musim tersebut jgak kenny ni telah meletakkan jawatan sbg pengurus sbab tak tahan dgn tkanan dari pihak pengurusan. sjak pengunduran player & manager kesukaan peminat ni liverpool bagaikan terkena sumpahan.selepas meninggalkan liverpool,beliau telah membantu blackburn rovers memenangi english premier league pada musim 1995.

2010/2011
menjelang pertengahan musim 2010/2011 prestasi liverpool semakin merudum dan bergelut untuk kekal di EPL. tetapi setelah roy hodgson dipecat kenny telah dilantik sbg caretaker manager hingga ke akhir musim. pada permulaan nya,liverpool telah tewas kpd manchester united pd piala FA,kalah kpd blackpool pd plawanan EPL. tetapi secara perlahan2 prestasi liverpool semakin meningkat di bawah kendaliannya.sbg contoh liverpool berjaya bersaing utk merebut tmpat ke  saingan eropah utk musim depan. mereka juga berjaya menumpaskan chelsea pada perlawanan yg dramatik & emosi dimana pd minggu terakhir perpindahan januari fernando torrres telah berpindah ke chelsea & pada perlawanan  hujung minggu itu torres menyatakan keinginan nya utk menentang liverpool,sesuatu yg tidak dapat diterima &dimaafkan oleh peminat liverpool.perlawanan tersebut dimenangi liverpool 1-0 hasil jaringan raul meireles pemain yg diasah oleh kenny dalglish.pada minggu terakhir perpindahan itu juga kenny berjaya membawa masuk andy carrol & luis suarez.seterusnya pada bulan mac 2011 liverpool menentang manchester united di anfield.perlawanan tersebut dimenangi oleh liverpool 3-1 hasil jaringan hatrik dirk kuyt. 2 daripada 3 bantuan gol tersebut dihasilkan oleh luis suarez. manakala gol saguhati man united pula djaringkan javier hernandez pada minit akhir perlawanan.

thanabat clothing

ape jenis baju la yg kau pakai ni??
bajet hardcore la pakai baju tu??

inilah ayat yg sering aku dgar bile aku memakai baju yg ade design cartoon yg colourful & ganas mcm diatas tp maaf ye,itu bkan yg ada dlm koleksi aku. itu hanya gambar hiasan,aku start mula beli brand ni masa bulan puasa dkat nak raya tahun lepas. 1st aku beli  kat central market rm 29 sehelai tp kalau beli dua dpat la rm 25 satu. jd sejak itulah bermulanya obsesi aku dgn brand ni. maklum la aku kan x layan brand mcm gucci,versace,topman,romp,prada & mcm2 lg. kalau aku pakai baju ni pun membe aku still cakap aku stylo sbab aku pandai carik fesyen yg lain dari yg lain.:)  bg student & suke bjimat mcm aku ni (ehem..ehem)  rm 25 tu kira mahal la,maklumlah, dah biasa beli baju harga berbelas ringgit je.kalau aku beli sepasang baju topman aku rase aku boleh beli 4 pasang t shirt thanabat ni.brand ni plak bukannya susah nak carik sbab kat pasar malam kat jalan masjid india setiap sabtu ada jual.warna baju ni pun bkannya hitam  skema,sorry la aku x suke warne hitam sbab asal pakai warna hitam je bajet rock especially utk bdak2 yg x tau pape pasal muzik & awek2 yg bajet dia tu avril lavigne.baju ni ada dijual warna merah,biru ,hijau,kuning.

filem back to the future

filem ini adalah antara filem yg memberi pengaruh besar dlm hidup aku.:) cuba kita bayangkan kite pergi ke masa lpas dan terserempak dgn ibu & bapa kita yg pada masa itu blom kawin & diorg jgak x kenal satu sama lain,yg lebih memburukkan suasana kite menggangu perjalanan masa tersebut spt pada hari sabtu pada masa akan dtg ibu & ayah bcerita yg mereka mgenali sesama sendiri pada hari itu,tetapi kita yg telah mgembara ke masa itu boleh pula berkenalan & jatuh cinta dgn salah seorg dari mereka, aneh & pelikkan?:) jd utk memastikan mereka kekal bersatu kita yg pd masa itu telah mganggu pjalanan masa pada yg sebenar terpaksa lah bekerja keras utk mnyatukan mereka.jika tidak kita akan lenyap & mencipta satu lagi masa depan yg berbeza.

 merujuk kpd gamba diatas aku sampai skrg masih tertunggu2 bile la skateboard jenis   ni akan dicipta.dlm cerita back to the future 2 tahun 2015 skuter yg boleh terapung di atas semua permukaan kecuali air ini begitu mudah dijumpai di merata2 tempat.tp tahun 2015 tinggal 4 tahun lg .harap2 la hoverboard ni betul2 wujud
jd x la lenguh lg kaki aku ni berjalan laju & x payah la aku naik lrt ke mana :)

 yg diatas ni plak kasut nike high cut, kasut ni dipakai oleh michael j fox atau marty mc fly pada tahun 2015 dlm cerita ni,tp yg ni aku dah jumpa skrg ni jenama SUPRA.asal aku keluar je mesti wajib aku jumpa bdak2 sebaya aku pakai kasut ni. actually,bkan nak blagak.kasut ni aku dah pakai 6 tahun dulu tp yg nike beli kat petaling street punye lah. NIKE AIR jenis kasut tu,maknanye aku dah mendahului zaman lah ni :}) hahaha. tp aku akan ingat sampai bile2 aku pnah jalan kaki ayam balik rumah sbab mase form 1 aku penah kantoi masa spot check, & betapa siksa nya nak memakai kasut ni sebab bahagian pergelangan kaki akan rasa sakit kalau pakai

kalah lagi!!

 sarawak 0-2 sime darby :(

kalah untuk kali ke 2 pada musim ni serba sedikit merencatkan semangat ku untuk menyaksikan pasukan negeri kesayangan ku menjulang liga perdana & kembali ke liga super.yg peliknye, pada awal musim ini pasukan sarawak begitu digeruni kerana secara puratanya menjaringkan 4 gol dlm setiap perlawanan tp sejak 2 plawanan ini sarawak dgn mudah ditewaskan oleh underrated team spt mp muar & yg terbaru sime darby. come on sarawak!!! i will stand in my ground and fight with you. akan ku tunggu kehadiran ngap sayot,bujang senang pada 15 april depan di stadium mbpj. keep on fighting crocs!! agi idup agi ngelaban, selagi hidup selagi itu berjuang,

assalamuailaikum

pada hari ini setelah sekian lama aku membaca blog orang akhirnya aku menerima hidayah-Nya untuk membuat blog sendiri,& hari ni jgak akan tercatat dalam sejarah peribadi aku untuk dikenang pada masa depan.:) terima kasih ku ucapkan kepada nurul diyana faizah yg tersayang kerana membantu aku utk membuat blog.hehe love u sayang.